+Baca Al-Quran boleh kurangkan masalah gagap+
GAGAP ( stammer, stuttering) dalam percakapan bukan hanya membabitkan kesukaran untuk bertutur malah menyebabkan masalah dalam berkomunikasi. Gagap suatu keadaan bertutur yang tersekat-sekat atau cenderung untuk mengulangibunyi suku kata tau perkataan.Ia mungkin bermula sejak zaman kanak-kanak dan seterusnya sehinga dewasa.Antara faktornya ialah bermasalah dalam percakapan ( speech problem ), takut terlampau terghairah, terkejut atau gugup. Manurut kajian, tiada rawatan yang seratus peratus berkesan untuk gagap.Di negara maju sendiri ada satu peratus penduduk gagap.Bagaimanapun, ia dapat dikurangkan secara beransur-ansur dengan latihan dan kesabaran.Kita boleh membiasakan diri dengan membaca Al-Quran yang mengajar kita supaya lancar lidah dalam sebutan dan bacaan.Tambahnya lagi, Al-Quran boleh dibaca dengan kuat tanpa perlu malu-malu.
Di samping itu, amalkan doa yang diajar
oleh Allah
s.w.t kepada Nabi Musa dalam surah Taha, ayat 25 yang bermaksud
lapangkanlah
bagiku , dadaku; dan mudahkanlah bagiku, tugasku; dan lepaskan
simpulan
lidahku, supaya mereka faham perkataanku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan