Khamis, 19 Julai 2007

++___hIdUp pEnUH UjiAn__++

Hidup ini
Bermula dengan tangisan
Juga airmata kegembiraan
Bertatih lalu laju berjalan
Bermain dan bergaduh
Adalah rencam harian
Melalui alam persekolahan
Adalah kemestian
Demi mengenal bacaan dan tulisan
Berlumba dalam peperiksaan
Memburu kejayaan tiada kesudahan
Mendaki menara gading
Adalah kebanggaan
Setiap insan
Lalu dianugerahkan
Segulung ijazah
Buat memulakan sebuah perjalanan
Menempuh alam perkahwinan
Itu yang dinantikan
Seolah segala nikmat dunia
Telah dirasakan
Rupanya alam perkahwinan
Bukan sebuah pengakhiran
Tetapi sebuah permulaan
Menempuh ujian kehidupan
Seiring dengannya
Adalah alam pekerjaan
Penuh persaingan
Penuh tekanan
Demi pangkat dan kedudukan
Dunia ini penuh ujian
Hingga bertemu sebuah kematian
Moga nanti kita peroleh
Markah tertinggi di sisi Tuhan..
Biarpun diiringi dengan tangisan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan