Jumaat, 12 Disember 2008

Ulser Mulut



Dah berape hari dah aku kene penyakit mulut yg lebih dikenali sebagai ulser mulut. sakit siyot.Suicide
nak makan pun mcm tak selera. oleh sbb itu, tak kesahla kalo berat badan aku turun n aku semakin kurus haha..Clap penyakit ni memang menyeksakan.. nk makan pun susah.. nk mandi.. kalo kene air agk sakit arr..nk gosok gigi..sabar je lah..sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman..hehehHit by Train aku nk share ngan korang tentang penyakit nie..

Setiap individu pasti pernah mengalami masalah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Didapati, pada satu masa, 19 daripada 100 orang mengalaminya. Ini menunjukkan bahawa ulser kerap terjadi tetapi ianya bukanlah penyakit berjangkit.

DEFINISI

Ulser berasal dari perkataan Latin,Ulcus yang bermaksud bukaan. Ulser mulut merujuk kepada lapisan membran yang terdedah disebabkan oleh kecederaan pada lapisan mukus. Mukus bertindak sebagai pelindung kepada sel-sel di bawahnya. Sekiranya lapisan ini rosak, lapisan seterusnya akan terdedah kepada segala bentuk kecederaan. Ulser mulut biasanya berlaku di dinding mulut, gusi, lidah, lelangit dan kadang-kala melibatkan anak tekak. Sekiranya masalah ini berulang, ianya dikenali sebagai Ulser Apthous.

TANDA & SIMPTOM

Ulser boleh dikenal pasti melalui beberapa tanda, sepeti:

  • terdapat bukaan bulat berwarna putih atau kuning, dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah
  • mempunyai saiz sekitar 2-5mm
  • ulser boleh wujud lebih daripada satu sama ada berkelompok atau di kawasan yang berbeza pada satu masa
  • mengakibatkan bengkak
  • sakit terutamanya apabila kawasan ulser terkena sesuatu seperti makanan, tergigit, berus gigi, benda keras dan lain- lain.Oleh itu, mereka sering hilang selera makan atau tidak banyak bercakap
  • boleh berulang tetapi tidak berjangkit
  • sembuh sendiri dalam waktu 3 minggu


PUNCA-PUNCA

Penyebab utama masih belum diketahui dengan jelas. Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor dikaitkan dengan ulser:

  • Kecederaan pada dinding mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam (tulang ikan), makanan atau minuman yang terlalu panas, rawatan pergigian, bahan kimia (aspirin, alkohol, sodium laryl sulfate)
  • tahap immuniti yang rendah
  • jangkitan kulat (Coccidiodes immitis, Cryptococcus neoformans, Blastomyces dermatitis)
  • jangkitan bakteria (Mycobacterium tuberculosis, Treponema pallidum)
  • jangkitan virus (Herpes Simplex Virus, Varicella Zoster, Coxsackie A Virus)
  • stress
  • penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman seperti Penyakit Crohn, Penyakit Coeliac, SLE, Ulcerative Colitis
  • kekurangan vitamin C
  • kekurangan vitamin B12
  • penyakit autoimmuniti- Mukus Membran Pemphigoid
  • kanser oral
  • kitaran haid
  • alahan terhadap makanan (contoh: nanas)
  • pengambilan steroid
  • dehidrasi yang keterlaluan

BAGAIMANA ULSER BOLEH BERLAKU

Terdapat 2 mekanisme yang dikaitkan dengan pembentukan ulser:

    1. kecedaraan fizikal pada dinding mulut
    2. tindak balas immuniti terhadap rangsangan kimia/biologi(contoh:jangkitan)

Dua proses di atas mengakibatkan luka pada dinding mulut. Di dalam mulut, terdapat pelbagai bakteria 'baik' dan 'jahat' dan mereka mempunyai akses terhadap kawasan luka. Sekiranya bakteria 'jahat' bejaya membentuk koloni di kawasan luka, bakteria ini akan menghasilkan toksin. Toksin tersebut 'membunuh' sel-sel yang ada, mengakibatkan saiz ulser bertambah besar.Ini amat menyakitkan lebih-lebih lagi sekiranya saraf turut terdedah. Bakteria 'jahat' juga menghasilkan sejenis protein yang dipanggil fibrin untuk melindungi mereka daripada sebarang tindak balas (kita dapat lihat lapisan berwarna putih/kuning pada permukaan ulser). Keadaan ini berterusan sehingga tubuh menghasilkan tindak balas immuniti.

RAWATAN & PENCEGAHAN

    1. Pengambilan analgesik seperti parasetamol dapat mengurangngkan sakit
    2. Rawatan laser dikatakan paling berkesan mengurangkan kesakitan dan merawat ulser dalam tempoh 24-72jam.
    3. Debacterol-mengandungi asid yang dapat membunuh bakteria di kawasan ulser.
    4. Bonjela-sejenis gel yang dapat mengurangkan kesakitan.
    5. Rawatan tradisional seperti meletakan uncang teh di kawasan ulser dapat mungurangkan kesakitan.
    6. Mengamalkan diet yang seimbang terutamanya pengambilan vitamin dan asid folik. Vitamin A & D bagus untuk kesihatan lapisan mulut. Vitamin C meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
    7. Meningkatkan tahap kebersihan oral termasuklah penggunaan bahan kumuh yang antiseptik.
    8. Elakkan makanan dan minuman yang terlalu panas.
    9. Bawa bertenang dapat mengurangkan stress.
    10. Elakkan penggunaan ubat gigi yang mengandungi Sodium Lauryl Sulphate(SLS).
    11. Makanan seperti yogurt dan probiotic dapat mengimbangkan bilangan bakteria baik dalam tubuh.
    12. Minum air dengan banyak


Yoyo Hobby *jage diri hiasi peribadi*Yoyo Hobby

5 ulasan:

  1. nak mintak izin share info ini...boleh ek...

    BalasPadam
  2. aku pun bru kene ulser,,mmg sket,,ltak garam,,lg la pedih..

    BalasPadam
  3. satu info dan perkongsian yang menarik dan bermaklumat. :)

    alhamdulillah sejak consume b complex shaklee (with folic acid) & vitamin C shaklee..alhamdulillah xkena dah ulser mulut ni..disamping minum air masak secukupnya serta amalkan pemakanan yang seimbang

    BalasPadam
  4. Skt 2...aku ni dh seminggu lebih x mkn...melantak air je...semua penangan ulser nie...

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam